Resipi : Subway Chocolate Chip Cookies


Assalamualaikum ! Hai gaiz ,  recently yuha sangat obses dengan Cookies yang ada dekat Subway .  Bagi yang tak tahu Subway tu binatang apa , Subway adalah sebuah franchise yang menjual Sandwiches , Cookies and drink . Selain Sandwich yuha suka Chocolate Chip cookie subway . Sedap teramat !  Tak lama lagi gemuk lagi lah yuha . Makan tak berhenti . Tapi tak apa , makan makanan manis buat yuha happy . Then , yuha terfikir nak buat sendiri daripada buang duit hari-hari nak beli Cookie yang sama dekat Subway . Even tho rupanya agak berbeza tapi rasa sama and nikmat pun sama . So here are recipe that I like to share with you gaiz ! Let's get started !
<---- My chocolate chip cookies 



Ingredient 

  • 1½ Buku Majerin
  • 2 Biji Telur 
  • 2 Sudu Kecil Esen Vanilla
  • 1/2 Cawan Gula Putih 
  • 1 Cawan Gula Perang 
  • 1/2 Cawan Chocolate Chip 
  • 2 Cawan Tepung Naik Sendiri




Cara-Cara


Pukul gula putih , gula perang , esen vanilla dan majerin bersama sehingga menjadi gebu . 




Then , masukkan telur sedikit demi sedikit .


Masukkan tepung naik sendiri dan pukul lagi .


Tutup mixer dan masukkan Chocolate Chip dan gaul hingga rata menggunakan spatula


Tutup mangkuk adunan tadi menggunakan tuala bersih  dan masukkan ke dalam peti ais selama sejam . Lepas sejam , keluarkan adunan tadi dan panaskan oven 325 degrees . Lapik cookie pan dengan baking paper . Guna sudu untuk scoop adunan tadi ke cookie pan . Bakar selama 8-15 minit ( Depends on your oven )


And you're done ! Semoga berjaya , gaiz ! 


Resipi : Pavlova


. | via Tumblr

Assalamualaikum ! Hai semua . So as you can see , yuha buat Pavlova ! First try dulu texture dia memang okay tapi yuha terlebih letak Whipped Cream and It was disaster ! Today , yuha buat 2nd try and Alhamdulillah menjadi ! So I am going to share with you gaiz How To Make Pavlova . Yay !

What Is Pavlova ?

Pavlova ini berasal daripada nama Russian Ballet Dancer yang bergelar Anna Pavlova . Ianya adalah Meringue Dessert yang terkenal di Australia dan New Zealand . Pavlova adalah dessert yang ranggup di luar dan lembut di dalam .

Source : WikipediaApadia

Ingredient 

Meringue :

  • 4 Biji Putih Telur 
  • 1/2 Sudu Besar Esen Vanilla
  • 1/2 Tepung Jagung
  • 1 Sudu Besar Cuka Masakan

Hiasan : 
  • Whipped Cream
  • Buah-buahan yang masam ( Strawberry , Kiwi , Blueberry & etc )


How To Make

Panaskan oven 150 darjah celcius dan biarkan .

http://1.bp.blogspot.com/_uJK2kQSDPBM/TRQIVqPQhwI/AAAAAAAAU5w/O15OVMS1a0I/s1600/cute-food-photos-epicute-pink-oven-cake.jpg

*Gambar hiasan since my oven so ugly . HAHA*


Pukul putih telur menggunakan Mixer sehingga menjadi " Soft Peak Form "



Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih berkilat , bertanduk dan tak akan jatuh kalau you gaiz terbalikkan bekas adunan .



Then , masukkan esen vanilla dan pukul lagi . 



Masukkan tepung jagung dan cuka masakan . Gaul sehingga rata menggunakan spatula .




Sediakan baking paper dan tuangkan adunan tadi . Nak lukis bulatan dulu pun boleh . Daku just tuangnya sesuka hati nenek ku . Bhahaha ~


Bentukkan adunan tersebut mengikut citarasa you gaiz . Selalunya orang akan buat bentuk bulat yang tengahnya ada macam kolam or apa-apa jer orang nak panggil . 


Then , masukkan dalam oven dan masak dengan suhu 140 darjah celcius selam 1 jam 15 minit . Actually , masa membakar bergantung kepada oven you gaiz jugak . If you gaiz rasa dah nampak kekuningan emas maksudnya dah masak . Bila dah masak , tutup oven tapi jangan keluarkan lagi menda alah tu . Biarkan dia selama 10 minit or lebih . 


How To Decorate 

Senang jer . Just ambil Whipped Cream and pukul sampai kental . Then , letak gula aising dan sedikit esen vanilla . Potong buah-buahan yang you gaiz suka . Then pandai-pandai lah you gaiz decorate . 

Tips 
  • Make sure time asingkan putih telur tu tak ada kuning telur yang tetiba meloncat , melompat , menari masuk dalam bekas adunan you gaiz . Kalau tak , macam mana adunan nya nak jadik . 
  • Pastikan bekas untuk adunan tu bersih . 
  • Kalau tak ada Cuka Masakkan boleh guna Cream Of Tartar 


This is how my Pavlova looks like . I don't have strawberry and etc so I just used what ever fruit thats in my fridge . 
And that's all gaiz ! If you gaiz baru first time nak buat , kena banyak bersabar . Kadang-kadang first try ni lah yang mengecewakan hati kita . HAHA . Kbai .