Back To School



Assalamualaikum ! Hai semua , sihak belako dop ? Alhamdulillah kalau semuanya sihat . Pagi ni tiba-tiba yuha rasa rajin nak menaip sebab tak tahu nak buat apa . Dah lah dekat Penang hujan . Pagi-pagi dah hujan . Tapi tak apa lah , boleh yuha luangkan masa dengan Cik Blog . Rindu aku dekat kau , Cik Blog . So , let's get started x)

So , macam mana ? Seronok korang cuti 2 minggu ? Semua pakat bercuti sakan . Dengar cerita , ramai juga yang pergi Terengganu ? Huk aloh ! Tahu lah tahun ni tahun melawat Ganu . Eh , cuti cuti juga , korang ulang kaji tak ? Mesti tak kan ? Kalau yang buat ulang kaji pun 1 daripada 10 pelajar . Haha . Tak boleh lah macam tu . Tambah-tambah pelajar tingkatan 3 & 5 . Tahun ni ada PMR / SPM tau ? Mana boleh tak ulang kaji . Yuha bukan nak tunjuk rajin or what . Kalau nak ikutkan yuha pun 2 kali 5 . It's a fact that every teenagers are very lazy to do a revision . 

TAPI ! Semalas macam mana sekali pun korang , korang tetap kena buat ulang kaji supaya korang boleh refresh balik otak yang dah lama tak berfungsi . So , tak lah korang rasa pressure bila dah start sekolah and banyak benda nak masuk otak tu . Kalau malas sangat , sejam pun dah cukup . Asalkan otak korang berjalan dan boleh terima ilmu . Unless kalau korang betul-betul malas nak belajar , tak fikirkan masa depan , nak hidup senang jer and tak fikirkan parents korang . Tak payah study . Alaa , fail pun PMR je , SPM ada lagi . 

Stop it , bad students ! Yuha tahu setiap sekolah mesti ada Geng Taiko , Geng Hotstuff dan sewaktu dengannya kan ? Senang cerita , students yang agak social dan tak pentingkan pelajaran . Bagi diorang , pelajaran ni macam sesuatu yang remeh . Cikgu pulak dianggap macam musuh . Kerja rumah ? Langsung tak akan di siapkan . Mereka rasa diri mereka hebat bila buat benda yang macam ni . Kononnya nak tunjuk dekat students yang lain yang diorang ni Gangster besar . Nak orang respect lah cerita dia  . 

Bagi yuha , students yang macam ni memang mempunyai fikiran yang cetek dan tak layak di'respect . Alaa , yuha pun bukan baik sangat , demerit pun kalau nak ikut kan dah kena buang sekolah . Tapi jujur yuha cakap , soal belajar yuha take it serious . Bukan bermaksud nak menunjuk , tapi yuha nak banggakan parents yuha yang berharap dekat yuha . Sampai sanggup bayar ratusan untuk yuha tuition . So for you guys out there , think wisely . Jangan nanti fail baru nak menyesal . Main-main juga , study ? Keep it maintain .

Apa perasaan korang bila sekolah dah nak start ni ? Malas ? Haha . Yuha pun . Nak kena bangun awal , ulang kaji , buat homework . Perggghh , time to get stress . Tak apa , susah sekarang senang di kemudian hari . Biar kita stress macam mana sekali pun , yang penting result cun . Get ready nak pergi sekolah ! Semangat lah sikit . Okay ? *wink wink* Yuha nak wish goodluck kepada semua yang akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah ( PMR ) dan semua kakak - kakak , abang - abang yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) . Sama-sama kita berusaha ! Fighting ! Selamat kembali ke sekolah ! Assalamualaikum :)

No comments: