Assalamualaikum ! Alamak , lamanya tak melawat Blog Kesayangan nii ! Maaf Blog . Kesian awak sorang2 . Yuha sibuk gila bulan lepas . Maklumlah , PMR's Candidate lah katakan . Kena perang dengan Trial PMR yang menjajah sekolah sekolah menengah -,- Yuha sibuk get ready everything . Senapang untuk tembak Bahasa Malaysia , pisau untuk tikam Sejarah , pedang untuk sembelih Bahasa Inggeris , pistol untuk tembak Science , periuk api untuk Pendidikan Islam , Machine Gun untuk bedas Geografi , Bom untuk letupkan Kemahiran Hidup and last Bom Atom untuk musnahkan Mathematics . Ha tudia , amek hianggg !
So , apa macam Peeps ? Best tak Raya ? Alhamdulillah kalau semua Happy . Yuha punya raya boleh tahan best jugak lah . Pagi raya pertama tu dah bergegas mandi . Mandi air sejuk , okay ?! Tak pakai water heater pun . Malas nak buka . Apa lagi , tergedik-gedik aku sorang-sorang dekat bilik air . Then , solat and siap-siap pakai Baju Raya xP Tak lah cantik sangat baju yuha , baju kurung biasa jer . Then snap dengan Family . Malangnya gambar Family tak clear . Uncle tak pandai snap gambar ! Grrr -,- Eh , siapa cakap tak ada gambar Raya ? Remaja wajib ada !
Ha , kan sonang den snap gambor den sendiri . Clear pun clear . Inilah Outfit Of The Day yang tak berapa nak menyerlah . Raya ni Family yuha tak ada tema . Alaa , bukan berjalan mana pun . Stay dekat rumah jer , so I decide my baju raya to be simple . Tak kesah lah cantik ke tak . Alhamdulillah , yuha dapat pakai juga pakaian yang menutup aurat daripada tak . Lepas puas snap gambar , kami cepat-cepat naik kereta nak pergi Sembayang Raya . Dah lambat tahu tak . Takut jalan jem sebab sembayang bukan dekat-dekat dengan rumah . Kami sembayang dekat Masjid Kampung Terang , Balik Pulau . Dekat dengan area rumah Tokwan & Tokmi that used to be Mom's house when she was a little kid .
Selesai solat raya aidilfitri , kami menuju ke Kubur Tokwan & Tokmi . Nampak jer Batu Nisan yang terukir nama Tokwan & Tokmi . Hati ni sebak and rasa nak menangis waktu tu jugak . Tokwan meninggal waktu yuha tak dilahirkan lagi . Tokmi pulak time yuha baru umur 5 tahun . Cemburu sangat dekat kawan yang boleh rasa kasih sayang Atuk & Nenek . Yuha ada lagi Wan & Atuk dekat Rembau , Negeri Sembilan . Keluarga abah ni besar sangat and kami pun jarang balik . Wan & Atuk pun banyak cucu , manalah nak pandang cucu yang jauh kat Penang ni .Tapi yuha tahan and belagak cool sebab abang ada . Abang suka perli dan dia teramatlah KELOLOH . Keloloh tu apa ? Keloloh tu maksudnya Loyar Buruk or lebih dikenali sebagai Sengal . Mahu tak nya , kat tanah kubur boleh pulak dia menari-menari -,- Sakai namanya . Pilu hati yuha tengok Mama menangis . No parents , no siblings and I just can't imagine if I were in her place . Mungkin yuha dah tak boleh teruskan hidup . Yuha respect sangat dengan mama sebab dia kuat hadapi semua ni walaupun banyak halangan .
Lepas tu kami balik rumah . Pon..ponn..hampeh ! Jem pulak . So , yuha dengan abang ambil kesempatan unutk snap gambar . Ahahahaha !
Pose seksi yang dilakukan oleh abang sakai . Aishhh .. apa-apa jelah abang oii . So , sampai jer dekat Car Park Condo yuha . Dalam perjalanan naik lif nak balik rumah . Sempat lagi tahu kami snap gambar xP
Setakat ini jelah cerita raya yuha . Tak best pun . Cuma nak luahkan rasa bahagia boleh luangkan masa dengan Family . Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin yuha ucapkan kepada seluruh umat Islam ! Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment